salam.....
first of all nak inform kat korang yg aku kini membantu ibu tercinta menguruskan restoran keluarga kami. kat restoran kami, macam2 ada....cuma nyawa manusia jer tak jual...restoran nie nyer konsep makanan adalah ala melayu....iaitu buffet utk lunch.
menu kami terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : pagi, petang dan malam. utk menu pagi kami ada lempeng mcm2 jenis lempeng ada LEMPENG KELAPA, PISANG, JAGUNG, KELEDEK, LABU DAN DURIAN, CEMPEDAK & SUKUN (tgk pada musim buah). pastu ada nasi lemak, mee goreng, mee hun goreng. nasi lemak restoran kami special sb nasi dia mmg berlemak...santan pakai santan yg mantap dan pati santan pastu kami letak ikan bilis, kacang, kangkung goreng, taufu, telur goreng, sambal, udang geragau untuk harga sepinggan nasi lemak kami adalah RM 3.00!!!
menu tengahari lak kami ada sajian makanan melayu jadi korang bleh pilih lauk yg korang minat ....gerenti masakan SEDAP....kalo tak sedap itu boleh komen...sb tukang masak sgt expert kerana telah mempunyai pengalaman memasak selama 8 tahun.....lagipun tukang masak memasak dgn penuh dedikasi dan kasih sayang jdi lauk2 yg dimasak sangat puas hati....sajian seperti masak asam pedas dan kari itu adalah MESTI...pastu ada ikan keli masak cili padi, masak lemak cili padi, ayam/ikan masak kicap, udang masak sambal tumis petai, ayam masak merah, kerabu mangga (kalo ada buah mangga), sambal belacan dan macam2.
menu petang-malam kami ada goreng2 seperti nasi goreng beef/chicken black pepper, nasi goreng kampung, nasi goreng pataya, paprik (daging/seafood/ campur), mee/mihun/kueh teow/ goreng basah atau kering, yee mee sup atau goreng, mee/mihun/keuh teow hailam, mee/mihun/nasi goreng ladna. tertakluk kepada hari kami juga menyediakan menu spt mee kari, laksa (tip top!!!), laksam, nasi ayam (tip top!!!), mee/mihun sup, soto. kalo rasa mcm nak makan bubur pun ada gak....bubur kacang hijau, pulut hitam dan selebihnyer kena tanya mem besar yg lead bab2 bubur nie.
kat tempat kami ada gak menyediakan khidmat katering utk sesiapa yg berminat nak buat makan2 utk ofis ker, birthday party ker, business refreshment ker, tunang atau kawen....kami gak menyediakan kemudahan tempat jika ada yg berminat utk menyewa tempat kami utk majlis2 tertentu yg berkapasiti kecil..restoran kami boleh memuatkan 120-150 orng sekali
majlis.
so utk maklumat lanjut bleh lah tgk kat bawah ni:
CUBA RASA RESTORAN
(RACA MUTIARA SDN.BHD731593 H)
291, Batu 1 ¾ Kampung Sungai Pinang Bandar
41400 Klang S.D.E
Tel: 03-33445314/012-3932896/012-2963195
Email: kakwhy@gmail.com
SET MENU 1 (RM 10.00)
Nasi Putih
Masak lemak cili api ikan kembong
Sambal tumis ikan bilis petai
Sayur campur
Ikan masin
Sambal belacan/ ulam
Kuih-muih melayu – 2 biji
Buah-buahan - tembikai/pisang
Air panas – Teh/ Teh O
Air Sejuk – Sirap selaseh
SET MENU 2 (RM 10.00)
Nasi putih
Kari ikan tenggiri
Sambal tumis ikan bilis petai
Sayur campur
Telur asin
Sambal belacan/ ulam
Air panas – Teh/ Teh O
Air Sejuk – Sirap selaseh
Kuih-muih melayu – 2 biji
Buah- buahan – oren/tembikai
SET MENU 3 (RM 10.00)
Nasi putih
Asam pedas ikan cencaru/ kembong
Sambal tumis ikan bilis petai
Sayur campur
Ikan masin
Sambal belacan/ulam
Kuih-muih melayu – 2 biji
Buah-buahan - tembikai/pisang
Air panas – Teh/ Teh O
Air Sejuk – Sirap selaseh
SET MENU 4 (RM 12.50)
Nasi beriani
Rendang daging
Pajeri nenas
Dalca
Acar timun (acar buah – RM 1.00)
Papadum
Kuih-muih melayu – 2 biji
Buah-buahan - tembikai/pisang
Air Sejuk – Sirap selaseh
SET MENU 5 (RM 15.50)
Nasi beriani (berasmathi)
Rendang daging
Ayam (masak merah / goreng berempah)
Pajeri nenas
Dalca
Acar timun (acar buah – RM 1.00)
Papadum
Kuih-muih melayu – 2 biji
Buah-buahan - tembikai/pisang
Air Sejuk – Sirap selaseh
MENU MINUM PAGI / PETANG 1 (RM 4.90)
Lempeng pisang & kelapa
(lempeng cempedak/sukun/durian tertakluk kepada musim dan – tambahan RM 1)
Kuih-muih melayu -2 jenis
Buah-buahan – 2 jenis
Air panas – Teh Tarik
Air sejuk – sirap selaseh
MENU MINUM PAGI /PETANG 2 (RM 5.90)
Mee goreng/ mihun goreng/kuay teow goreng
Kuih-muih melayu – 2 jenis
Buah-buahan - 2 jenis
Air panas – Teh O
Air sejuk – sirap selaseh
MENU MINUM PAGI / PETANG 3 (RM 6.90)
Mee kari/ mee rebus / laksa/ laksam/ mee sup
Kuih-muih melayu – 4 jenis
Buah-buahan - 2 jenis
Air panas – Teh O
Air sejuk – sirap selaseh
MENU MINUM PAGI / PETANG 4 (RM 7.90)
Nasi lemak (udang geragau, telur rebus, kangkung goreng, ikan bilis dan kacang goreng, taufu goreng)
Bubur – kacang atau pulut hitam
Kuih-muih melayu – 2 jenis
Buah-buahan - 2 jenis
Air panas – Teh O
Air sejuk – sirap selaseh
MENU-MENU LAIN UNTUK TEMPAHAN
Mee kari, mee sup, soto, laksa, lontong dan lain-lain.
Kuih-muih dan bubur manisan melayu juga terdapat dalam menu di restoran kami. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin menempah menu/sajian yang berbeza daripada yang disediakan boleh hubungi pihak kami untuk dibincangkan.
Selain itu terdapat menu untuk sajian goreng seperti mee goreng, nasi goreng, paprik, black pepper dan lain-lain.
PERKHIDMATAN YANG TERDAPAT DI RESTORAN KAMI:
WIFI internet secara PERCUMA
Menyediakan tempat untuk majlis-majlis kecil seperti harijadi, business refreshment dan lain-lain.(kapasiti ruang kedai kami boleh menempatkan seramai 120-150 orang)
Untuk perkhidmatan bagi majlis doa selamat/ tahlil – ahli masjid yang bertauliah akan mengetuai bacaan doa
Open layout decoration serta kipas dan lampu
Bilik solat yang berhawa dingin dan tandas
Televisyen bersama DVD player dan ASTRO
WAKTU OPERASI
ISNIN – SABTU : 7.30 PG – 12.00 T/MLM
SELASA : TUTUP
AHAD : 7.30 PG – 8.00 MLM
No comments:
Post a Comment